“Katakanlah:
Maha Suci
Engkau, tiada ilmu (pengetahuan) bagi kami melainkan apa yang Engkau
ajarkan
kepada kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui lagi Maha
Bijaksana.”[2: 32]
Tiap apa yang berlaku adalah ketentuan
dariNya. Baik
atau buruk, disukai atau tidak itu semua empunya kehendak Sang Pencipta
manusia
yang Kuasa. Yang hanya mampu kita lakukan adalah berusaha dengan seupaya
yang
mungkin. Dan setiap apa yang berlaku jua punyai hikmah yang tersembunyi
di
baliknya samada kita tahu atau tidak itu jua termasuk dalam
pengetahuanNya.
Jadi usahlah berduka dan berputus asa. Selagi mana kemampuan ada dalam
diri
selagi itu kita harus berusaha untuk melakukan yang terbaik. Inilah
kata-kata
pendahuluan yang sy berikan ini.
Segala apa yang berlaku diharapkan
dapat diambil
pengajaran darinya. Bicara soal kegagalan bukanlah masalah kita
perseorangan
tetapi kebanyakan di antara kita. Bahkan apa yang dialami oleh umat
Islam kini
jua merupakan satu bentuk kegagalan, kegagalan dalam erti kata belum
dapat
menegakkan semula sistem Islam secara kaffah di muka bumi ini. Inilah
realiti
yang harus diterima. Sekiranya kita gagal hari ini kita kena pastikan
dengan
berusaha sedaya mungkin untuk memastikan kejayaan di masa depan. Mungkin
dengan
kegagalan ini Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran dan kesungguhan
kita
dalam menghadapi kehidupan di dunia. Kegagalan bukanlah bermakna kita
ini atau
kurang mampu. Mungkin kita lemah dari satu aspek dan mungkin kita lebih
dalam
aspek yang lain. Jadi gunakanlah aspek yang lain ini untuk membantu
aspek yang
lemah ini. Carilah perkaitan di antaranya . Moga teman-teman memahami
akan
maksud ana. Masalah adalah tangga pertama bagi kejayaan dan tiada
kejayaan
tanpa adanya masalah kerana kejayaan itu ialah dapat menyelesaikan
masalah.
Kegagalan yang mendatang
ini seharusnya dijadikan
satu siri tauladan buat perjuangan yang bakal dihadapi. Muhasabahlah
diri,
carilah kelemahan diri dan kesilapan yang telah kita lakukan. Koreksilah
ia
semoga ianya dapat memberikan kita sedikit motivasi untuk perjuangan
hari ini.
Buatlah penambahbaikkan di atas segala kelemahan yang ada. Mungkin
sebelum ini
kita banyak meluangkan masa dengan benda yang kurang bermanfaat. Atau
mungkin
sebelum ini kita lalai dengan bebanan luar yang diberikan sehinggakan
terasa
tidak punyai waktu yang cukup. Kiranya ini masalahnya, kikiskanlah ia
dari
kehidupan kita kerana jalan perjuangan ini masih terlalu jauh dan entah
bilakan
sampai ke destinasinya. Ingatlah tidak
seorangpun di dunia ini sempurna. Jadi cubalah sedaya upaya untuk
meghampiri
kesempurnaan. Harus disedari juga akan adanya Yang Maha Sempurna yakni
Allah.
Dialah yang berkuasa di atas segalanya. Mungkin selama ini kita telah
melupakanNya dan telah gagal dalam mencari hubunganNya dalam kehidupan
seharian
kita. Ya...mungkin kita leka dengan apa yang ada sehinggakan kita tak
berkesempatan untuk memohon bantuan dariNya. Pintalah bantuan dan
petunjuk
dariNya kerana Dialah Yang Maha Pemurah. Moga kita diberikan kejayaan
sebenar
buat siri kita dan umat Islam amnya.
Luangkanlah sedikit masa untuk bertemu denganNya di kala hati
bercelaru
dek cubaan yang mendatang.
Itulah sedikit bicara yang dapat
kususunkan buat
ingatan diri ini dan semoga ianya juga sedikit sebanyak memberi manfaat
buat
kita. Sebarang masalah sila berhubung dengan ana. InsyaAllah sekiranya
dapat
membantu. Dan sebelum mengakhir bicara ini harapnya segala kesilapan
dapat
dibetulkan. Semoga usaha sedikit ini memberikan saham buat kita di sana
kelak.
Dan tiadalah yang lebih pedih ana rasakan di dunia ini melainkan melihat
saudara/saudari disakiti, dihina, dianiayai, diseksa, dibunuh,
dipermainkan dan
ditipu oleh musuh Islam. Nah, jesteru dari kondisi inilah tekad tertanam
untuk
melihat Islam kembali semula kepersada dunia yang fana ini dan ku
menginginkan
melihat saudara-saudari ku semua hidup di bawah naungan Islam secara
kaffah di
mana kehidupan di saat itu penuh keharmonian, kesejahteraan dan
kebahagian
serta mendapat rahmat dariNya. Dan saat itu jualah akan kita saksikan
umat
Islam bersama non-muslim yang turut bernaung di bawah panji Islam
mendapat
keadilan yang seharusnya. Semoga Allah membantu.
Amin
"Kegagalan adalah awal dr sebuah dr keberhasilan" itu adalah kalimat yg sering didengar, tp semua itu tak akan terjadi jika tak ada ikhtiar dr diri sendiri. :)
BalasHapus