Salah
satu daripada mukjizat yang diberikan oleh Allah swt pada Nabi Sulaiman
a.s. adalah tertulis pada cincinnya namanya dan nama Allah swt.
Adapun setiap sesuatu
yang tertulis padanya nama para Nabi dan nama Allah tidak boleh dibawa
ke sebarang tempat seperti tempat-tempat yang hina seumpama tandas,
tempat-tempat maksiat dan seumpamanya juga tidak boleh dipakai ketika
tidur dan ketika berhadas besar.
Kerajaan Nabi Sulaiman a.s. masyhur serta luas kekuasaannya
sehingga anginpun tunduk atas segala perintahnya. Maka ini memudahkan
Nabi Sulaiman a.s. untuk pergi ke suatu tempat yang dihajati dengan
tidak perlu berkenderaan. Cukup sekadar memerintahkan angin membawanya
terbang di atas permaidani sekiranya baginda yang diiringi oleh
pembesar-pembesar kerajaannya mahu menziarahi daerah kekuasaan baginda
yang luas itu.
Pada suatu hari, Nabi Sulaiman a.s. bersama pembesar-pembesar
kerajaannya pergi menziarahi salah sebuah daerah kekuasaan baginda
dengan berkenderaan permaidani yang diterbangkan angin sehingga baginda
melalui sebuah perkampungan nelayan yang terletak di tepi laut. Ketika
itu kelihatan penduduknya sedang menjemur ikan. Di antaranya terdapat
gadis-gadis yang turut serta menjemur ikan. Dari kalangan para gadis
itu, ada seorang gadis yang amat hitam rupanya dan tidak menarik
perhatian kaum lelaki.
Apabila Nabi Sulaiman a.s. dan para pembesarnya melalui
tempat itu, maka penduduk kampung menjadi kehairanan kerana tiba-tiba
sahaja cuaca menjadi redup. Lalu merekapun mendongak dan mendapati
rombongan Nabi Sulaiman a.s. sedang melalui kawasan itu.
Sedang
mereka dalam keadaan itu, berkatalah gadis yang hitam rupanya tadi:
“Alangkah bahagianya aku sekiranya aku menjadi permaisuri Nabi Sulaiman
a.s.”
Apabila teman-temannya yang lain mendengar ucapan gadis itu,
mereka lalu mentertawakannya dan mengejeknya dengan kata-kata menghiris
hati: “Wahai gadis tidak tahu diri, sesungguhnya hasratmu sekadar
impian. Rupamu yang hitam langsung tidak menarik perhatian. Inikan pula
mahu bersuamikan Nabi Sulaiman yang hebat kedudukannya.
Sedangkan kami yang mempunyai wajah menarik tidak
bercita-cita untuk menjadi permaisuri baginda. Apakah engkau tidak sedar
bahawa orang-orang lelaki di kampung kita inipun belum tentu mahu
beristerikan engkau yang hitam legam lagi tidak menarik hati? Cukuplah
engkau berangan-angan!” Riuh rendahlah suara mereka mentertawakan si
gadis hitam tadi.
Mendengarkan cemuhan dan hinaan mereka, merasa sayulah hati
gadis yang malang itu. Dirinya ibarat pungguk merindukan bulan. Rupa
yang buruk tidak dipinta. Akhlah yang baik lebih utama.
Setelah Nabi Sulaiman a.s. bersama pembesar-pembesarnya
selesai dari menjelajah ke daerah kekuasaan baginda, merekapun balik ke
rumah masing-masing.
Setibanya Nabi Sulaiman a.s. di istananya, baginda berhajat
untuk ke tandas. Sebelum itu, baginda melucutkan cincin yang bertuliskan
nama Allah dan namanya, lalu diserahkan pada isterinya.
Pada masa itulah datang jin Ifrit menyerupakan dirinya
sepertimana Nabi Sulaiman a.s, lalu menemui isteri baginda dan berkata:
“Wahai isteriku, ambilkan cincinku tadi.” Tanpa merasa ragu, isteri
baginda menyerahkan cincin itu pada Ifrif kerana menyangka dirinya Nabi
Sulaiman a.s.
Apabila Nabi Sulaiman a.s. selesai melepaskan hajatnya,
baginda meminta dikembalikan cincinnya tetapi isterinya berkata:
“Sesungguhnya telah aku kembalikan sebentar tadi.” Nabi Sulaiman a.s.
diam kehairanan. Kemudian baginda berkata: “Baru inilah aku meminta
kembali cincin itu.” Tetapi isteri baginda tetap mengatakan bahawa ia
telah diserahkan.
Nabi Sulaiman a.s. merasa serba salah dan curiga. Kemungkinan
cincin itu telah dicuri oleh seorang yang menyamar sebagai diri baginda
kerana isterinya tidak mempunyai alasan untuk menyerahkan barang
kepunyaannya kepada sesiapapun jua.
Adapun Ifrit setelah ia mencuri cincin tersebut, iapun masuk
ke dalam istana kerajaan dan duduk di singgahsana sambil memerintah
rakyat Nabi Sulaiman a.s. ke istana dan mendapati seorang yang
menyerupai dirinya duduk di atas singgahsana. Maka fahamlah baginda
kedudukan perkara.
Lalu baginda berkata: “Wahai rakyatku sekalian, sesungguhnya
akulah Sulaiman, raja kamu yang sebenar.”
Jawab rakyatnya:
“Tidak, raja itulah yang sedang memberi ucapan. Kamu bukan raja kami.
Raja Sulaiman yang sebenar adalah dia yang duduk di kerusi singgahsana.
Kamu pendusta!”
Apabila rakyatnya tidak percaya lagi pada baginda, maka
baginda pun pergi meninggalkan istana, menuju dari sebuah perkampungan
ke perkampungan yang lain dan menyatakan dirinya sebagai Raja Sulaiman
tetapi kesemua mereka menafikannya.
Akhirnya baginda pergi ke sebuah kampung nelayan yang
terletak di tepi laut, lalu baginda menyatakan hajatnya untuk turut
bekerja sebagai nelayan kepada seorang nelayan di tempat itu. Nelayan
itu menerima hajat baginda tanpa menyedari bahawa ia sedang berhadapan
dengan Raja Sulaiman.
Nabi Sulaiman a.s. menjalani kehidupannya sebagai seorang
nelayan dengan baik dan baginda bekerja bersungguh-sungguh tanpat
mengenal jemu dan penat sehingga menghasilkan pendaptan yang lumayan
dengan nelayan itu.
Pada suatu hari, ketika baginda duduk berehat menunggu waktu
makan tengahari, baginda tertidur oleh sebab keletihan.
Tidak lama kemudian, datanglah anak gadis nelayan tersebut
membawa makanan tengahari. Berkata si nelayan kepada anaknya: “Wahai
anakku, panggillah Sulaiman untuk makan tengahari bersama kita.”
Gadis
tersebutpun pergilah mendapatkan baginda yang sedang tidur sambil
dikipas oleh seekor ular dengan sehelai daun.
Alangkah terkejutnya gadis itu melihat keadaan yang luar
biasa ini, lalu segera dikhabarkan kepada ayahnya. Apabila si nelayan
menyaksikan sendiri perkara itu, ia pasti baginda bukan sebarangan orang
tanpa mengesyaki baginda adalah raja Sulaiman. Mereka meninggalkan
baginda sendirian sehingga akhirnya baginda terjaga dari tidurnya dan
merekapun menghadapi hidangan tengahari bersama-sama.
Setelah beberapa lama Nabi Sulaiman tinggal nelayan, maka
nelayan itu bermaksud untuk mengahwinkan anaknya dengan baginda. Nabi
Sulaiman as tidak pula menolak kehendak nelayan itu. Maka hiduplah Nabi
Sulaiman a.s. bersama gadis hitam yang pernah bercita-cita untuk menjadi
isterinya suatu masa dahulu sebagai suami isteri yang sah tanpa gadis
itu menyedari bahawa Tuhan telah menjadikan impiannya suatu kenyataan.
Manakalah di istana yang telah ditinggalkan baginda, Ifrit
menyamar sebagai Nabi Sulaiman as memberikan pengajaran yang menyesatkan
manusia. Berpunca dari amarannya yang jahat itu, Ifrit tidak sanggup
menyimpan cincin baginda yang dicurinya itu, kerana khianatnya cincin
itu lalu dicampakkannya ke dalam laut yang kemudiannyaditelan oleh
seekor ikan. Ifrit meninggalkan takhta kerajaan. Ketika itulah orang
ramai baru menyedari kepalsuan orang yang selama ini mengaku dirinya
Raja Sulaiman rupanya jin yang menyamar sebagai baginda.
Segala sesuatu hanya Allah swt yang menentukan.
Sebagaimana
biasa, nelayan dan Nabi Sulaiman as keluar menangkap ikan sebagai
memenuhi keperluan hidupnya. Kebetulan pada hari itu, masuklah ikan yang
menelan cincin Nabi Sulaiman as ke dalam pukat mereka. Menjelang senja,
kembalilah mereka ke rumah. Sebahagian daripada ikan yang ditangkap
hari itu mereka jemur manakala sebahagian lagi dijadikan hidangan makan
malam.
Tatkala isteri baginda menyiang ikan yang akan dimasak malam
itu, tiba-tiba ditemui dalam perut ikan itu sebentuk cincin yang
bertuliskan nama Nabi Sulaiman as dan nama Allah.
Segeralah isteri baginda mengkhabarkannya. Demi melihat
baginda akan cincin itu, baginda terus mengucap syukur sebanyak
banyaknya kepada Tuhan kerana haknya telah dikembalikan tanpa ia duga
sementara rasa kasih terhadap isterinya semakin bertambah.
Setelah cincin itu disarungkan, barulah rakyat baginda
meyakini bahawa baginda adalah sebenarnya Raja Sulaiman.
Nabi Sulaiman as bermaksud untuk kembali ke istana dan
melihat keaaan rakyat baginda yang telah lama ditinggalkan. Baginda juga
berhasrat untuk membawa isteri baginda bersama-sama tetapi merasa
keberatan kerana ditakuti isterinya akan menjadi bahan ejekan berpunca
dari kehitaman rupanya itu. Baginda lalu berdoa kepada Allah Taala
supaya mengubah rupa isterinya yang hodoh itu menjadi cantik. Doa
baginda dimakbulkan sehingga merasa cemburulah teman-teman yang pernah
menghina dan mengejek isterinya dahulu.
Baginda beserta isterinya kembali ke istana dengan disambut
meriah oleh rakyat jelata yang telah menyedari kesilapan meraka.
Kemudian pada suatu hari, dikumpulkanlah sekalian rakyatnya,
baik dari golongan manusia, jin dan juga binatang kerana Nabi Sulaiman
ingin mengetahui siapakah yang telah mencuri cincin baginda dan
menyesatkan rakyat dengan perbuatan durjana. Sesiapa yang telah
melakukan kesalahan pasti takut untuk bertemu dengan baginda.
Setelah sekalian rakyat berkumpul, ternyata yang tidak hadir
aalah jin Ifrit. Dengan ini, diisytiharkan bahawa Ifritlah yang telah
mencuri cincin baginda. Mendengar kenyataan ini, merasa marahlah
golongan jin terhadap Ifrit kerana telah memalukan bangsa mereka di
khalayak ramai. Lalu Nabi Sulaiman as memerintahkan beberapa orang
bangsa jin untuk menangkap Ifrit. Bangsa jin yang diperintah itu segera
pergi mencari tempat persembunyian Ifrit.
Akhirnya ditemui Ifrit bersembunyi di batu karang di dasar
lautan. Ifrit lalu dihadapkan kepada Nabi Sulaiman as dan baginda
menghukum sesuai dengan kesalahannya
SOAL PENGANTAR AKUNTANSI II
Jelaskan perbedaan metode harga perolehan dengan metode ekuitas !
Tidak ada komentar:
Posting Komentar