Untuk Mu ......
Tidak ada yang bisa kuperbuat lagi selain terus mendoakan mu seperti yang
kutulis saat ini. (sweet memory 3105-0908)
Jadilah seorang wanita solehah..
Jadilah seorang
wanita solehah,
Yang hatinya dibalut
rasa taqwa kepada Allah,
Yang
jiwanya penuh penghayatan terhadap Dien Allah,
Yang
sentiasa haus dengan ibadah kepada Allah,
Yang sentiasa dahaga akan
mengharap redha Allah,
Yang solatnya adalah
bekal dirinya,
Yang tidak pernah
takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah
gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama
para mujahidah Allah.
Jadilah seorang
wanita solehah,
Yang menjaga tutur
katanya,
Yang tidak bermegah
dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah
dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat
kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai
kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jahat.
Jadilah seorang
wanita solehah
Yang menghormati
suaminya,
Yang sentiasa
berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga
kerukunan rumah tangga,
Yang akan mendampingi
suami dalam mendidik anak-anaknya untuk mendalami Islam,
Yang mengamalkan
hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya
adalah rumah sementara menuju akhirat.
Jadilah seorang wanita solehah,
Yang sentiasa bersedia untuk
menjadi makmum imamnya,
Yang hidup di bawah
naungan al-Quran dan qana'ah
Yang tidak dikotori
dengan perhiasan dunia,
Yang menjaga matanya
dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh
kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.
Jadilah seorang
wanita solehah,
Yang selalu menjaga
lisan, penyayang kepada keluarga,
Matanya kepenatan
kerana membaca al-Quran,
Suaranya lesu kerana
penat berzikir,
Tidurnya lelap dengan
cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh
kesigapan,
Karena dia sedar
betapa indahnya menjadi wanita solehah melebihi perhiasan apapun
didunia,
Semakin sedar
bertambah usianya bertambah kematangannya.
Jadilah seorang wanita solehah,
Yang sentiasa mengabdikan diri
untuk menjadi mujahidah Allah,
Yang baginya hidup di
dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah
kehidupan itu perlu dipelihara dan dijaga,
Agar tumbuh putik
tunas yang bakal menjaga dirinya di alam baqa'
Meneruskan perjuangan
Islam sebelum hari kemudian.
Jadilah seorang
wanita solehah,
Yang tidak terpesona
dengan buaian dunia,
Kerana dia
mengimpikan syurga Allah…
Tidak ada komentar:
Posting Komentar