Maulidur Rasul yang jatuh
pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad
s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang
diutus oleh Allah Subhanahu Wa ta’ala. Tapak kelahiran baginda pula kini
mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. Setiap
tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis
memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa
acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan
keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada
mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Kita
dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis
keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat
sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala
dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik
merupakan doa dan dikira amal soleh. Jelas kepada kita bahawa pembalasan
Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan
terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu
Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang
beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia
tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan
pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala. Keberkatan
mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang
mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal
di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
KELEBIHAN BULAN RABIUL AWAL KEPADA UMAT ISLAM
Bulan Rabiulawal bermaksud
bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya
di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga
dan seterusnya berbuah.Maka nama bulan ini diambil sempena musim
berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw
telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang. Bulan ketiga
dalam kalendar Hijrah ini membawa satu peristiwa besar yang menjadi
ingatan kepada seluruh umat manusia. Perayaan Maulid Nabi pertama
kali diperkenalkan oleh Abu Said al-Qakburi, seorang gubernur Irbil, di
Irak pada masa pemerintahan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi (1138-1193).
Ada yang
berpendapat bahwa pendapat itu sendiri berasal dari Sultan Salahuddin
sendiri. Tujuannya adalah untuk membangkitkan kecintaan kepada Nabi
Muhammad SAW, serta meningkatkan semangat juang kaum muslimin saat itu,
yang sedang terlibat dalam Perang Salib melawan pasukan Kristen Eropa
dalam upaya memperebutkan kota Yerusalem.
Nabi junjungan kita Nabi
Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah diputerakan pada bulan ini
iaitu pada 12 Rabiulawal, yang pada tahun ini jatuh pada 21hb April,
2005. Berbagai acara sambutan diadakan bagi memuliakan hari keputeraan
junjungan kita ini.
Bulan Rabiulawal adalah seperti bulan-bulan Islam
yang lain maka amalan sunat di bulan Rabiulawal adalah sama seperti
amalan sunat di bulan-bulan yang lain. Kita dianjurkan untuk
meningkatkan amalan-amalan fardu dan sunat tanpa mengira di bulan
manapun di sepanjang tahun. Amalan-amalan kita itu akan menjadi bekalan
untuk kita meneruskan perjalanan ke padang mahsyar kelak.
Selain dari itu, kualiti
ibadah juga adalah diambil kira. Niat dan keikhlasan mempunyai pengaruh
yang amat besar dalam menentukan nilai ibadah kita. Diantara syarat
sesuatu ibadah itu diterima ialah niat. Niat itu akan menggambarkan
keikhlasan kita. Kerja yang ikhlas akan membawa kepada kesempurnaan dan
kesempurnaan akan membawa kepada kepuasan dan kepuasan akan membawa
kepada ketenangan..
Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W merupakan
suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam.Firman Allah (s.w.t) yang
bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat
untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi
dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]
Manakala di
dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan
kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas
baginda (S.A.W.), antaranya, Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud:
“Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya
Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat
Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a].
Sabda Rasulullah (S.A.W.)
yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada
hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith
riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a].
Apabila kita menyambut
Maulidur Rasul, banyak kelebihan-kelebihan yang diperolehi. Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang
membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada
hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia
membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah."
Sayyidina Abu
Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata: "Barangsiapa membesarkan Maulud
Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi
temanku di dalam syurga."
Begitu pula As-Sirri As Saqati berkata:
"Barangsiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi
Sallallahu Alaihi Wasallam sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada
kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana
cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam." Keberkatan
mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang
mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal
di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Jalalaludin As-Sayuti
berkata: "Barangsiapa antara orang Islam yang dibacakan di dalam
rumahnya Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, nescaya Allah Subhanahu
Wataala akan menghilangkan dan menjauhkan kemarau dan kecelakaan, bala,
penderitaan, kebencian, hasad, kejahatan dan kecurian terhadap
ahli-ahli rumah itu dan apabila dia mati, Allah Subhanahu Wataala akan
memudahkan dia menjawab akan soalan-soalan Mungkar dan Nakir dan dia
akan mendapat tempat bersama orang-orang yang benar di sisi Tuhan yang
Maha Kuasa lagi Maha Besar Kerajaan-Nya."
Beliau berkata lagi:
"Tiada sebuah rumah atau masjid atau tempat-tempat yang dibaca di
dalamnya akan Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melainkan
malaikat-malaikat melindungi ahli-ahli tempat itu dan Allah Subhanahu
Wataala akan melimpahkan rahmat-Nya kepada mereka dan malaikat-malaikat
yang berpangkat besar seperti Jibril, Mikail, Israfil mendoakan kebaikan
bagi orang-orang yang menganjurkan dan menyebabkan adanya majlis Maulid
Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam itu."
Kedudukan selawat ke atas
nabi (S.A.W.) ini merupakan perkara yang diwajibkan menurut sebilangan
besar ulama’. Malahan dinukilkan bahawa Al-Imam Al-Qurthubi
menyatakannya sebagai ijma’ ulama’. Apa yang diperselisihkan oleh ulama’
ialah adakah selawat itu wajib pada setiap kali majlis dan disebut nama
Nabi Muhammad (S.A.W.) atau adakah ianya sunat (bagi yang bersepakat
menyatakan ianya wajib seumur hidup). Dalam hal ini, sebahagian ulama’
menyatakan ianya wajib setiap kali disebut nama Rasulullah (S.A.W.), dan
sebahagian yang lain menyatakan wajib sekali di sepanjang majlis
meskipun dalam majlis tersebut kerap kali disebut nama Rasulullah
(S.A.W.) dan sebahagian yang lain menyatakan wajib memperbanyakkan
selawat tanpa terikat dengan bilangan dan tidak memadai sekali seumur
hidup.
Menurut jumhur ulama dalam masalah ini, selawat ke
atas nabi (S.A.W.) merupakan ibadat dan jalan mendekatkan diri kepada
Allah (s.w.t). Seperti juga zikir, tasbih dan tahmid. Ia diwajibkan
sekali seumur hidup dan disunatkan pada setiap waktu dan ketika.
Sepatutnya juga ke atas setiap muslim memperbanyakkannya. Berkait juga
dengan soalan yang dikemukakan, iaitu tentang hukum selawat dalam
sembahyang. Perkara ini berlaku khilaf di kalangan ulama’.
Menurut pandangan Mazhab
Syafei dan Hambali, selawat diwajibkan dalam sembahyang dan tidak sah
sembahyang tanpa selawat. Manakala dalam Mazhab Maliki dan Hanafi,
selawat merupakan perkara yang sunat muakkad dan sah sembahyang tanpanya
tetapi dalam keadaan yang makruh.
Kelebihan berselawat yang
lain lagi ialah sebagaimana hadis Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam
seterusnya, daripada Umar bin Al-Khattab, ia berkata : Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya, "Sesungguhnya doa itu
terhenti antara langit dan bumi, tidak naik barang sedikit juga
daripadanya sehingga engkau berselawat ke atas-Ku". (Riwayat Al-Imam
At-Termidzi)
Dengan memperbanyakkan selawat juga kita akan
dapat mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala, menghilangkan
kesusahan dan kegelisahan, meluaskan rezeki, dikabulkan segala
keperluannya dan insya Allah akan memperolehi syafaat di akhirat kelak.
Semua ini akan dapat dicapai jika kita sentiasa mengamalkannya dengan
penuh yakin dan istiqamah. Walau bagaimanapun janganlah menganggap hanya
dengan berselawat sahaja kita akan memperolehi kelebihan-kelebihan yang
telah disebutkan tadi sedangkan amalan-amalan yang lebih utama seperti
sembahyang, puasa, membayar zakat dan lain-lain lagi diabaikan.
Kelebihan
lain yang kita dapat ialah merapatkan hubungan sesama insan, apabila
menyambut Maulidur Rasul, kita pasti akan berkumpul di tempat yang di
adakan majlis tersebut, semasa majlis berlangsung, kita dapat lihat
setiap orang bergotong royong melakukan sesuatu pekerjaan yang
ditetapkan samaada secara bersendirian atau berkumpulan, hal ini dapat
mengeratkan lagi hubungan sesama islam yang lain. Apabila kita berkumpul
di dalam satu majlis itu, sedikit sebanyak kita juga dapat
mendisiplinkan diri dan mematuhi arahan ketua, kelebihan ini juga,
membolehkan kita bersikap menghormati orang lain di samping dapat
memupuk semangat bekerjasama antara satu sama lain.
Kebiasaannya, majlis
Maulidur Rasul diadakan di masjid, surau, ataupun di sekolah-sekolah.
Dengan adanya majlis seperti ini, kita dapat bekerjasama dan saling
bantu membantu antara satu sama lain. Jurang yang memisahkan seseorang
sebelum ini dapat di eratkan dengan melalukan aktiviti seharian
yang berlainan seperti bekerja, dapat kita perbaiki dengan menghadiri
majlis sebergini. Memupuk semangat perpaduan sesama muslim juga amat
disukai oleh Allah s.w.t. Allah berfirman, “Berpeganglah
kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai” [Surah
Al-Imran:103]
Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang
baik merupakan doa dan dikira amal soleh. Jelas kepada kita bahawa
pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat
sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah
Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai.
Menyambut Maulidur rasul bukanlah untuk menjadikannya salah satu
perayaan ibadah tapi hanya sekadar untuk mengingati dan mensyukuri akan
kelahiran Nabi kita yang menjadi pembimbing kita keluar dari kegelapan.
Menurut Ibnu al-Hajj, "Menjadi satu kewajiban bagi kita untuk
membanyakkan kesyukuran kita kepada Allah setiap hari Isnin bulan
Rabi'ul Awwal kerana Dia telah mengurniakan kepada kita nikmat yang
besar iaitu diutusNya Nabi (s.a.w) untuk menyampaikan Islam kepada kita
dan menyebarkan islam.
Dengan adanya sambutan Maulidur rasul maka kita
akan dapat memperkenalkan muslimin siapa itu Muhamaad dan secara tak
langsung kita akan membuatkan hati Muslimin tergerak untuk berselawat
keatas Nabi (s.a.w) ,meniru akhlak nabi dan meniru segala perbuatan
baginda dan memuji baginda yang merupakan satu perkara yang
diperintahkan oleh Allah di dalam ayat,"Sesungguhnya Allah dan para
Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai orang-orang yang beriman !
berselawatlah kamu dan berilah salam keatasnya".
Sambutan ini dilakukan
adalah semata untuk memperingati hari kelahiran baginda dan ia secara
tidak langsung akan membuka ruang bagi kita untuk memperingati
perkara-perkara lain yang berkaitan dengan baginda. Apabila ini kita
lakukan, Allah akan redha pada kita, kerana kita akan lebih bersedia
untuk mengetahui sirah baginda dan lebih bersedia untuk mencontohi dan
mengamalkan ahklak baginda dan memperbetulkan kesilapan kita. Itulah
sebabnya, kenapa sambutan hari lahir baginda merupakan satu rahmat buat
kita semua.Kerana baginda adalah ikutan kita dan ia mempunyai akhlak
yang mulia sepertimana Firman Allah didalam Al-Quran, "Sesungguhnya
engkau mempunyai ahklak yang mulia" (al-Qalam: 4).
Dan bila kita melewati
kembali sirah Nabi, antara cara Nabi mahu meningkatkan semangat juang
para sahabat yang lain ialah memuji-muji diri baginda dan bercerita
mengenai akhlak baginda dengan bersayembara syair. Ini telah dinyatakan
oleh Al-hafiz Ibnu Kathir didalam kitabnya bahawa para Sahabat ada
meriwayatkan bahawa Nabi (s.a.w) memuji nama baginda dan membaca syair
mengenai diri baginda semasa peperangan Hunayn untuk membakar semangat
para Sahabat dan menakutkan para musuh. Pada hari itu baginda
berkata,"Aku adalah Rasulullah! Ini bukanlah dusta. Aku anak Abdul
Mutalib.
Rasulullah (s.a.w) sebenarnya amat bergembira dan
menyenangi mereka yang memuji baginda kerana ianya merupakan perintah
Allah dan baginda memberi kepada mereka apa yang Allah anugerahkan
kepada baginda. Apabila kita bersama-sama berkumpul untuk mendekati Nabi
(s.a.w), kita sebenarnya juga, melakukan sesuatu untuk mendekatkan diri
kita kepada Allah justeru kerana mendekati Nabi (s.a.w) akan membuatkan
Allah redha kepada kita. Terdapat juga hadith riwayat Bukhari didalam
al-Adab al-mufrad (bukan semua hadis didalam ini adalah sahih) dan
kitab-kitab lain, Rasulullah (s.a.w) bersabda,"Terdapat hikmah di dalam
syair"; dan kerana itu bapa saudara Nabi (s.a.w) Al-'Abbas mengarang
syair memuji kelahiran Nabi (s.a.w) seperti didalam rangkap berikut:
“Dikala dikau
dilahirkan , bumi bersinar terang Hinggakan nyaris-nyaris pasak-pasak
bumi tidak mampu untuk menanggung cahaya mu, Dan kami dapat terus
melangkah Lantaran kerana sinar dan cahaya dan jalan yang terpimpin.”
Dalam bulan Rabiul Awal ini juga umat Islam dapat mengingati
kisah-kisah para rasul dan nabi. Kisah- kisah ini dapat memberi
pengajaran dan tauladan kepada kita semua. Pada bulan ini lah berlakunya
beberapa peperangan. Antara peperangan yang berlaku di bulan Rabiul
Awal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan),
Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
Setelah
hijrahnya Rasulullah dari Makkah ke Madinah bersama-sama para sahabatnya
dan diterima baik oleh orang-orang anshar, Islam telah berkembang,
tersebar luas dan diterima oleh banyak kabilah-kabilah arab. Kekuatan
dan ekonomi Madinah telah menjadi kukuh. Orang-orang arab
Quraisy Makkah tidak senang hati dengan kemajuan ini. Perang Badar
merupakan perang pertama yang dilalui oleh umat Islam di Madinah. Ia
merupakan isyarat betapa mulianya umat Islam yang berpegang teguh pada
tali agama Allah. Kemenangan besar kaum muslimin tidak
terletak pada jumlah tentera yang ikut serta tetapi terkandung dalam
kekuatan iman yang tertanam disanubari mereka. Dengan
Keyakinan mereka pada Allah yang sangat kukuh itu, Allah telah
menurunkan bantuan ibarat air yang mengalir menuju lembah yang curam.
Tidak ada sesiapa yang dapat menahan betapa
besarnya pertolongan Allah terhadap umat yang senantiasa menjalankan
perintahnya dan menjauhi larangannya.
Dikisahkan, Rasulullah
Shalallahu ‘alaihi wasalam terlebih dahulu sampai di sumber mata air
Badar dan memutuskan untuk berhenti di tempat itu. Dan itu merupakan
sebahagian dari strategi agar pasukan kaum muslimin dekat dengan sumber
air. Melihat hal itu, Habab ibn Mundzir berkomentar, “Wahai Rasulullah!
Mengapa engkau memilih tempat ini sebagai pemberhentian kita? Apakah
tempat ini memang telah ditentukan Allah kepadamu dan kita tidak dapat
memajukan atau mengundurkannya sedikitpun, ataukah ini adalah bagian
dari pendapat, strategi, dan siasat perang?” Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam menjawab, “Ini hanyalah sekedar pendapat, stategi, dan
taktik perang.”
Maka Habab berkata, “Wahai Rasulullah, jika
demikian halnya, aku juga ingin mengemukakan pendapatku. Menurutku,
tempat ini tidak tepat untuk kita berhenti. Sebaiknya kita terus
berjalan hingga sampai di mata air yang paling dekat dengan perkemahan
bangsa Quraisy. Setelah itu, kita duduki tempat tersebut dan kita
hancurkan seluruh sumur yang ada di seberangnya dan menjadikannya kolam
penampungan air. Lalu, kita penuhi kolam itu dengan air dan kita baru
menyerang mereka. Dengan begitu, niscaya kita akan dapat minum air itu
sedang mereka sama sekali tidak bisa meminumnya.”
Pada saat itu, Rasulullah
Shalallahu ‘alaihi wasalam berkata, “Pendapatmu sangat bagus!” Kemudian,
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam pun menjalankan taktik yang
ditawarkan oleh Habab ibn Mundzir radhiallahu ‘anhu. Petunjuk yang
diberikan oleh Habab ini diriwayatkan oleh Ibnu Ishaq dengan riwayat
munqathi’ -Ibnu Hisyam (2/312-313), atau dengan riwayat mursal dan
terhenti pada Urwah sebagaimana yang tertulis dalam al-Ishabah (1/302),
Hakim (3/446-447). Riwayat tersebut dinilai sebagai hadis munkar oleh
Dzahabi dan Umawi sebagaimana yang diungkapkan oleh Ibnu Katsir di dalam
al-Bidayah wa an-Nihayah (3/293) dengan silsilah periwayatan yang
munqathi’ (terputus).
Ketika mereka telah berhasil menduduki tempat yang
dimaksud, Sa’ad ibn Muadz berkata kepada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam, “Wahai Nabi Allah! Tidakkah kami perlu membangun kemah khusus
untuk tempat istirahatmu, menyiapkan hewan kendaraanmu dan kemudian kita
baru menyerang musuh kita? Sungguh, seandainya Allah memberikan
kemenangan dan kejayaan kepada kita atas musuh-musuh kami, maka itulah
yang kami inginkan. Namun, bila kenyataan yang terjadi adalah
sebaliknya, maka engkau sudah siap untuk menyelamatkan diri dan menemui
kaum kita. Wahai Rasulullah, sesungguhnya ada beberapa kaum yang
menantimu di tanah air kita dan kecintaan mereka terhadapmu lebih besar
dari kami. Sehingga, bila mereka mendengar bahwa engkau berperang,
niscaya mereka pun tidak akan tinggal diam. Allah pasti akan
melindungimu dengan mereka. Sebab mereka pasti akan memberimu
pertimbangan dan senantiasa berjuang di belakangmu.” Maka, Rasulullah
Shalallahu ‘alaihi wasalam pun menyepakati usulan Sa’ad tersebut.
Meskipun
demikian, perlu digaris bawahi bahwa saat terjadinya perang Badar
tersebut, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam ikut berperang aktif dan
terlibat langsung dalam pertempuran. Jadi, beliau tidak hanya berada di
dalam kemah dan berdoa saja sebagaimana dipahami oleh sebagian ahli
sejarah.
Ahmad menuturkan: Ali radhiallahu ‘anhu
menceritakan, “Kalian tentu telah menyaksikan bagaimana kami pada saat
pecahnya perang Badar. Saat itu, kami berlindung di belakang Rasulullah
Shalallahu ‘alaihi wasalam, sedang beliau terus membawa kami mendekati
musuh. Dan beliau adalah orang yang paling berani ketika itu.”
Dengan isnad
yang sama, sebuah hadis lain menuturkan, “Ketika keberanian mulai
memuncak pada saat perang Badar, kami terus bergerak bersama-sama
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam Bahkan, beliau adalah orang yang
paling berani. Terbukti, tidak ada satu pun kaum muslimin yang paling
dekat dengan musuh selain beliau.”
Muslim meriwayatkan: Pada
perang Badar, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam berkata kepada para
sahabatnya, “Jangan ada seorang pun di antara kalian bergerak sebelum
aku memberi komando.”
Ibnu Katsir berkata, “Beliau terjun dan terlibat
langsung dalam pertempuran itu dengan segenap jiwa dan raga. Demikian
halnya dengan Abu Bakar ash-Shiddiq. Sehingga, keduanya tidak hanya
berjuang dengan berdoa dan bermunajat kepada Allah di dalam kemah saja,
tetapi juga turun ke medan pertempuran dan bertempur dengan mengerahkan
segala daya dan upaya.”
Demikianlah, setelah pada siang harinya
mengerahkan segala kemampuan dan daya upaya yang mungkin dapat dilakukan
untuk memenangkan pertempuran, pada malam harinya beliau menghabiskan
waktunya untuk terus berdoa dan memohon kepada Allah untuk memberikan
kemenangan terhadap pihak tentara Islam.
Adapun salah satu doa
beliau saat itu adalah seperti yang diriwayatkan dalam Shahih Muslim
berikut: “Ya Allah, sempurnakanlah kepadaku segala apa yang telah Engkau
janjikan kepadaku. Ya Allah, berikanlah apa-apa yang telah Engkau
janjikan kepadaku. Ya Allah, jika Engkau membinasakan pasukan Islam,
tentulah Engkau tidak akan lagi disembah di muka bumi ini.”
Sebuah riwayat
mengatakan: Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam terus berdoa sampai
kain serbannya terjatuh dari kedua pundak beliau. Kemudian, Abu Bakar
datang menghampiri beliau, mengambil serban beliau yang terjatuh dan
kemudian memakaikannya kembali ke pundak beliau. Setelah itu, ia pun
melakukan apa yang dilakukan oleh Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam
di belakangnya. Setelah itu, Abu bakar berkata, “Wahai Nabi Allah,
tidakkah sudah cukup permohonanmu kepada Allah Subhanahu wa ta’ala,
kerana sesungguhnya Allah pasti akan memenuhi seluruh janji-Nya
kepadamu?”
Maka Allah berfirman,“(lngatlah), ketika kamu
memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu,
‘Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu
malaikat yang datang bertutut-turut’.” (QS. Al-Anfal: 9) Dan benar, esok
harinya, Allah mengirimkan bala bantuan kepada mereka berupa pasukan
tentara malaikat.”
Adapun doa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam
pada saat perang Badar yang diriwayatkan oleh Bukhari adalah:”Ya Allah,
hamba memohon kepada Engkau akan janji dan perjanjian Engkau. Ya Allah,
jika Engkau berkehendak (membuat hamba kalah), Engkau tidak akan
disembah setelah hari (peperangan) ini.”
Riwayat lain menceritakan:
Lalu Abu Bakar memegang tangan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam
dan kemudian berkata, “Sudahlah Rasulullah, engkau sudah meminta dan
mendesak Tuhanmu tanpa henti!” Esok harinya, Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam mempergunakan baju besi dan kemudian keluar dari
kemahnya seraya berkata, “Golongan itu (pasukan Quraisy) pasti akan
dikalahkan dan mereka akan mundur ke belakang.” (QS. Al-Qamar: 45)
Ibnu Hatim
menceritakan: Ikrimah berkata, “Ketika diturunkannya ayat ‘golongan itu
(pasukan Quraisy) pasti akan dikalahkan dan mereka akan mundur ke
belakang … ‘, Umar berkata alam hati, “Golongan manakah yang akan
dikalahkan itu?”
Umar radhiallahu ‘anhu juga menceritakan: Ketika
perang Badar dimulai, aku melihat Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam
mempergunakan baju besi sambil berkata, Golongan itu (pasukan Quraisy)
pasti akan dikalahkan dan mereka akan mundur ke belakang.” Maka, aku
segera mengetahui maksud ucapan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam
tersebut.”
Pada hari Jum’at pagi, tanggal 17 Ramadhan, tahun
ke-2 hijriah, tepatnya ketika kedua belah pihak (muslim dan Quraisy)
sudah saling berhadapan dan sedang mengambil ancang-ancang untuk saling
menyerbu, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam berdoa kepada Allah
seraya berkata: “Ya Allah, itulah kaum Quraisy yang telah datang dengan
sombong dan congkaknya. Mereka memusuhi-Mu, menyalahi
perintah-perintahMu, dan mendustakan Rasul-Mu. Ya Allah, aku hanya
meminta pertolongan yang telah Engkau janjikan kepada hamba. Ya Allah,
binasakanlah mereka pagi ini!”
Setiap kali akan berangkat
bertempur, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam selalu terlebih dahulu
merapatkan barisan pasukan kaum muslimin. Dia melakukan inspeksi
barisan seraya menggenggam sebuah anak panah. Saat Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam sedang melakukan pemeriksaan barisan, tiba-tiba beliau
menekankan anak panah beliau ke perut Sawad ibn Ghaziyyah. Pasalnya,
waktu itu ia agak sedikit keluar dari barisan. Beliau berkata kepadanya,
“Sawad, luruskan barisanmu!” Sawad pun menjawab, “Rasulullah, engkau
telah menyakitiku, maka bolehkah aku membalasmu?” Maka Rasulullah
Shalallahu ‘alaihi wasalam membuka bagian perut beliau seraya berkata,
“Lakukanlah!” Akan tetapi, Sawad ternyata tidak jadi membalas, tetapi
justru memeluk Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam dan mencium bagian
perut beliau. Dengan heran, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam
bertanya, “Apa yang membuatmu seperti ini, Sawad?”
Sawad menjawab, ”Wahai
Rasulullah, seperti itulah yang aku inginkan. Sesungguhnya aku telah
berharap agar mati setelah bisa menyentuhkan kulitku dengan kulitmu.”
Lantas, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam pun mendoakan Sawad dengan
hal yang baik-baik. Setelah itu, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam
memberikan berbagai arahan dan pengarahan kepada pasukan muslim tentang
berbagai hal yang berkaitan strategi dan siasat mereka hari itu.
Beliau
berkata, “Apabila mereka mendekati kalian, maka serang mereka dengan
anak panah kalian dan jangan sampai didahului oleh mereka! Ingat, jangan
sampai kalian melupakan pedang kalian hingga kalian lengah dan dapat
dirobohkan.” Setelah berpesan demikian, beliau lantas mengobarkan
semangat pasukan muslimin dengan berkata, “Demi Allah yang jiwa Muhammad
berada di genggaman-Nya, setiap orang yang berperang melawan mereka
(pasukan Quraisy) pada hari ini, kemudian mati dalam keadaan tabah,
mengharapkan keredhaan Allah, maju terus pantang mundur, pasti akan
dimasukkan ke dalam surga. “
Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim
dikatakan bahwa ketika kaum musyrikin telah mendekat, Rasulullah
Shalallahu ‘alaihi wasalam berkata, “Bangkitlah kalian untuk menuju
syurga yang luasnya seperti luas langit dan bumi.” Mendengar ucapan
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam tersebut, Umair ibn Humam
al-Anshari berkata, “Wahai Rasulullah! Apakah benar syurga memiliki luas
seperti luas langit dan bumi?” Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam
menjawab, “Benar.” Dengan terkagum-kagum, Umair berucap, “Oh, betapa
besarnya syurga itu!” Lalu, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam
bertanya kepada Umair, “Mengapa engkau berkata demikian?” Umair
menjawab, “Tidak, Rasulullah. Demi Allah, aku hanya berharap menjadi
bagian dari penghuninya.” Beliau berkata, “Engkau akan menjadi salah
satu penghuninya. “
Kemudian, ia mengeluarkan beberapa butir kurma dan
memakannya. Setelah itu, ia berkata, “Seandainya aku masih hidup dan
dapat memakan kurma-kurma ini, maka itu adalah kehidupan yang sangat
panjang.” Lalu ia melemparkan kurma yang ada di genggamannya dan
kemudian menjadi beringas bertempur sampai akhirnya syahid.
Auf ibn Harits (putra
Afra) berkata, ”Wahai Rasulullah, apa yang membuat Allah tersenyum saat
melihat hamba-Nya?” Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam menjawab,
“Ketika tangan seorang hamba itu menceburkannya ke tengah-tengah musuh
tanpa mempergunakan pelindung.” Maka, seketika itu juga Auf membuka
pakaian besi yang melindunginya, dan kemudian melemparkannya. Setelah
itu, ia menghunus pedangnya dan bertempur di medan perang sampai
terbunuh.”
Sebelum dimulainya peperangan, Rasulullah
Shalallahu ‘alaihi wasalam meminta kepada para sahabatnya untuk tidak
membunuh orang-orang dari Bani Hasyim dan beberapa orang lainnya.
Pasalnya, mereka ikut meninggalkan kota Mekah dan berperang kerana
dipaksa. Dan di antara mereka yang disebutkan namanya oleh Rasulullah
Shalallahu ‘alaihi wasalam adalah Abu Bukhtari ibn Hisyam (salah satu
orang yang pergi ke Ka’bah untuk merobek surat pemboikotan bangsa
Quraisy terhadap kaum muslimin dan ia sama sekali tidak menyakiti
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam) dan Abbas ibn Abdul Muthalib.
Ketika Abu
Hudzaifah mendengar perintah itu, ia berkata, “Apakah kami harus
membunuh bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, dan keluarga kami,
sementara kami harus membiarkan Abbas hidup? Demi Allah, bila aku
bertemu dengannya, niscaya aku akan menebasnya dengan pedang.” Akhirnya,
ucapan tersebut sampai ke telinga Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam
Maka, beliau pun berkata kepada Umar, “Wahai Abu Hafshah, benarkah ia
akan memukul wajah paman Rasulullah dengan pedang?” Umar berkata, “Wahai
Rasulullah, izinkan saya untuk memenggal lehernya dengan pedang. Demi
Allah, ia telah berbuat kemunafikan.” Sementara itu, beberapa waktu
kemudian, Abu Hudzaifah berkata, “Aku merasa tidak tenteram dengan
kata-kataku saat itu. Bahkan sampai sekarang aku masih merasa takut,
kecuali bila aku sudah menebusnya dengan kesyahidan.” Maka, akhirnya Abu
Hudzaifah pun mati syahid pada perang Yamamah.
Dikisahkan bahwa sebelum
peperangan dimulai, Asad ibn Abdul Asad al-¬Makhzumi keluar dari pasukan
Quraisy seraya berkata, “Demi tuhan, aku sungguh-sungguh akan meminum
air kolam mereka, akan merusaknya (kolam air), atau mati di hadapannya.”
Maka, ketika ia sudah mendekat, Hamzah pun merintanginya dan
menyerangnya. Hamzah berhasil memukulnya hingga kakinya retak. Akan
tetapi, Asad masih terus merangkak menuju ke kolam guna memenuhi
sumpahnya dan Hamzah terus mengikutinya, memukul, dan akhirnya
membunuhnya di depan kolam tersebut.
Pengajaran dari peperangan
ini menunjukkan bahwa kaum Quraisy tidak bersatu padu. Ini
terbukti apabila ada beberapa pasukan yang menarik diri sebelum perang
terjadi. Dengan ini sebagai orang Islam kita harus bersatu
demi untuk mencapai kemenangan.
Kaum
Quraisy terlalu yakin yang mereka akan berjaya memusnahkan Islam yang
memang sedikit dari jumlah tetapi tidak dari semangat. Mereka
tidak dapat mengalah tentera Islam kerana semangat tentera Islam begitu
kukuh kerana Rasulullah telah berjaya menjalin silaturrahim yang kuat
sesama Islam. Nabi Muhammad S.A.W pintar mengendalikan
taktik peperangan. Orang Islam mempunyai pegangan iaitu
berjaya didunia atau mati syahid.
SOAL AKT KEU II
Sebutkan 3 jenis perubahan akuntansi dan jelaskan dengan singkat !
SOAL AKT KEU II
Sebutkan 3 jenis perubahan akuntansi dan jelaskan dengan singkat !
Tidak ada komentar:
Posting Komentar